“Kenal diri”
“Saya seronok dengan diri saya!”
Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, bukan miskin dan bukan kaya. Mungkin “senang” perkataan yang sesuai. Ayah saya pernah berkhidmat sebagai ketua kerani di Johor Corporation (dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor). Ayah merupakan seorang qari dan pernah keluar di corong-corong radio di Johor Bahru. Di Johor Corp, beliau dikenali sebagai orang yang mahir menjadi ‘mc’ dan membaca doa. Ibu saya pula merupakan seorang guru di sekolah agama dibawah Jabatan Agama Islam Johor ( JAIJ ). Saya membesar di kampung dan merupakan seorang yang manja (agaknya) kerana dibela oleh datuk dan nenek. Ketika tadika, saya menjadi ketua untuk persembahan marhaban ketika ziarah aidilfitri dikampung.
Selepas kematian datuk pada 1994 saya telah dijaga oleh ibu dan ayah saya di Johor Bahru.
Di Johor Bahru, saya mula berkembang. Saya dapat mewakili sekolah rendah dalam Alquran dan berzanji. Di sinilah saya mula “berkawan dengan mikrofon dan belajar tentang komunikasi. Saya didedahkan dengan persekitaran yang melibatkan orang ramai. Jika tilawah saya sering mendapat tempat samada johan/naib johan, ketiga atau saguhati. Rahsia saya ketika hendak berhadapan dengan orang ramai ketika bertanding adalah “insyaallah, aku yang terbaik dalam pertandingan ini…”
No comments:
Post a Comment